Friday, June 18, 2010

3 Hari yang Terbuka

Apa yang dibuka sampai 3 hari?
Selama ni tak terbuka kah ia?
Kenapa buka sampai 3 hari?
Cukupkah 3 hari saja ianya terbuka?


Mesti soalan-soalan yang sewaktu dengan soalan-soalan di atas bermain-main di fikiran anda semua.
Hairan dengan tajuk post kali ini?
Hairan kenapa saya masih menulis dalam Bahasa Kebangsaan negara Malaysia?
Anda akan lebih hairan sekiranya saya menulis dalam Bahasa Kebangsaan negara yang pernah menjajah Malaysia 65 tahun yang lepas.

Usah hairan. Saya hanya ingin memastikan blog saya ini sentiasa dalam keadaan cacamarba.
Jika tidak, maka tajuk blog saya juga harus ditukar kepada nama lain kerana entri nya tidak melambangkan kecaca marbaan. Mungkin selepas ini saya harus masukkan pula entri resipi bubur caca...

Baiklah, untuk menghilangkan kehairanan, saya mulakan dengan gambar ini sebagai induksi set.



Gambar ini saya ambil di hadapan sekolah Neesa chan.

Bagi yang tidak tahu membaca tulisan kanji (seperti juga saya) papan tanda ini memaklumkan bahawa hari terbuka sedang berlangsung di sekolah ini.

Ya, untuk 3 hari bermula semalam, ibu, bapa, abang, kakak, adik serta datuk dan nenek boleh masuk ke kawasan sekolah termasuk juga bilik darjah yang kebiasaannya kawasan larangan sepanjang waktu persekolahan.

Golongan yang disebutkan di atas boleh, sekiranya mahu, berkampung di dalam kawasan kelas dan memantau aktiviti anak-anak mereka di sekolah. Di samping itu, cara pengajaran guru juga boleh dipantau sama.

Saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah Neesa yang yang telah terbuka semalam dek kerana ketidak sediaan Reina chan. Hajat untuk melihat bagaimana Neesa chan belajar bahasa kebangsaan negara ini serta bermain kibod harmonika yang telah dibeli dengan harga hampir 6 ribu yen tidak kesampaian kerana pada waktu berlangsungnya mata pelajaran-mata pelajaran tersebut, Reina chan lena diulit mimpi...

Tengahari tadi, sebaik sahaja Reina chan selesai makan tengahari (Saya telah pastikan Reina chan tidur lebih awal dari biasa), kami pun bertolak (saya berjalan sambil menolak kereta sorong Reina chan) ke sekolah Neesa chan yang letaknya lebih kurang 300 meter dari rumah.

Kami tiba sebaik sahaja Neesa chan dan kawan-kawan selesai membersihkan bilik darjah usai makan tengahari (ya, mereka makan di dalam bilik darjah dan hanya Neesa chan seorang sahaja yang membawa bekal makanan dari rumah)

Setelah sejam melihat aktiviti gred 1 kelas 1 (ichi nen ichi kumi), kami bertolak balik bersama Neesa chan.

Sebelum itu, saya dan Reina chan sempat meninjau perkembangan pokok seri pagi yang telah ditanam oleh Neesa chan sebulan yang lepas.

Wah! Tak lama lagi berserilah pagi Neesa chan~

Esok, giliran Idhamu-san pula untuk bersama-sama menjayakan hari ke-3 keterbukaan Sekolah Rendah Waseda (Esok ada pendidikan jasmani. Elok sangatlah Idhamu-san yang pergi esok, sebab dia tidak hadir ke hari sukan yang lepas :P )

p/s: Maaf, tiada gambar di dalam kawasan sekolah kerana pelawat tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar waima muka anak sendiri sekalipun!

2 comments:

Labyrinth said...

Budak lain makan apa? order kat sckolah ke? 3 hari je terbuka? Mcm cheng beng untuk org cina lak. tapi they all satu hari je dalam setahun where all the ghosts and spirits balik visit rumah they all. Dulu my ah por selalu prepare food for the arwah husband to fly back and 'jamah' :-) time cheng beng ni. how did i get to this topic? haramaaakkk

The Bubur Caca Lover said...

budak lain ada school lunch. mak pak diorang bayar bulan2...susah la Del, walaupun ada diberi menu at the beginning of the month, ada hari food halal, ada hari tak. buatnya i lupa masak hari yg food tak halal, tak ke naya...
tulah~ 3 hari jer terbuka... ntah pape...tapi ok ler tu, sib baik ada...hari terbuka tak termasuk sports day, children's festival n school concert...ni semata2 nak tgk aktiviti kelas diorang~so, i nampakla camne Neesa interact ngan kengkawan, camne dia ckp nihongo, paham ke tak etc..

u merepek sebab byk sangat makan obat~ kuikuikui...

BTW org jepun pon ada mcm cheng beng..tapi diorang tak prepare food utk hantu 'jamah'. instead diorang prepare some nuts to throw at the hantus..tehehe~