Sunday, June 28, 2009

kisah 2 orang puteri


tersebutlah kisah seorang puteri yang sedang berkeroncong perutnya dek kerana terlalu lapar


Maka sang puteri pun meminta pertolongan kekandanya yang pada ketika itu sedang sibuk menikmati santapan petang

Kekanda sang puteri pulau panjang aka pulau perhentian cuba menolong adindanya si puteri pulau besar.
Puteri pulau panjang yang baik hati ingin memberikan sedikit buah yang sedang dimakannya tetapi dia harus memastikan dulu buah yang dimakan bebas dari racun berbisa walaupun hakikatnya adindanya tidak boleh memakan buah kerana belum memiliki barisan gigi yang putih berseri.


maka oleh kerana itu, dihabiskan puteri pulau panjang buah sebiji itu setelah disahkan tiada beracun, tidak seperti epal puteri salju


dek kerana tidak puas hati kerana tidak dapat menolong, sang kekanda lantas memberikan tongkat sakti agar adindanya dapat meminta sendiri makanan yang dihajati
tetapi sang puteri tidak pandai menggunakan kesaktian tongkat milik kekandanya

sekarang masalahnya bukan sahaja pilihan makanan yang dihajati, tetapi juga bagaimana hendak menggunakan tongkat yang diberi...

5 comments:

jyss said...

hahah cute :D

Labyrinth said...

itu veil princess ke? hehehe muka neesa sebijan muka u lija!

The bubur caca lover.... said...

jyss: tengkiu...
adel: rasanya veil pengantin kaler pink. selalunya dia akan pakai veil tu ngan magic wand and kepak rama2 dia sebab semua sedondon kaler pink... tiara sume dah injured....haha~

tina said...

comeell...dah besar! ;)

The bubur caca lover.... said...

tina!!! lamanya x singgah sini...
ye, anak dara saya sudah besar.
bila mau datang tengok adik n kakak?
kakak pon dah makin montel :P