selama ini aku berada di dalam kejahilan...
hinggalah aku dikejutkan dengan suatu pertanyaan oleh orang yang rasanya lebih pakar dalam bahasa kedua negara kita dari bahasa ibundanya sendiri.
walaubagaimanapun, diriku terkesima.
ya, kerana dia lebih arif. kalau tidak masakan dia lebih tahu jawapan dari pertanyaannya sendiri yang ternyata telah membuatku ternganga seketika.
di saat kami sedang menikmati sarapan pagi , terpacullah soalan keramat ini dari bibirnya yang mungil:
" apakah maksud batuk dalam peribahasa 'bagai melepaskan batuk di tangga"?
sambil cuba memberikan jawapan dalam bentuk audio,dia lantas tersenyum simpul.
ditanya lagi:
"agaknya bagaimana batuk seperti itu (merujuk kepada perbuatan batuk yang kulagukan 'kong' kong' dan 'uhuk' 'uhuk") memberi maksud pekerjaan yang dibuat secara ala kadar,sambil lewa atau tidak bersungguh-sungguh?
aku menggaru kepalaku yang diselimuti tudung berwarna hijau lembut itu sambil cuba mencari jawapan.
beginilah~katanya menyelamatkan keadaan dan agar tidak merendahkan martabat bekas guru-guru BM ku yang ku pasti tidak pernah mengajarku maksud 'batuk' di dalam konteks peribahasa ini. ataupun pernah diajar, cuma ketidakhadiranku di kelas menyebabkanku tidak dapat menjawab pertanyaan yang tiada ternilainya ini.
'batuk'itu sebenarnya dieja 'batok' yang merupakan bahasa melayu lama yang diambil dari bahasa Indonesia. perkataan itu membawa maksud gayung. gayung yang diperbuat dari tempurung ini digunakan oleh orang-orang melayu dahulu kala untuk membasuh kaki takala mahu melangkah masuk ke rumah. gayung yang ditemani oleh tempayan itu biasanya diletak di tepi tangga untuk memudahkan urusan membasuh kaki yang selalunya kotor itu. gayung itu seharusnya digantung ditempatnya.
maka, perbuatan 'melepaskan' gayung atau batuk itu dianggap tidak sepatutnya dilakukan oleh orang yang berdisiplin-kerana batok tadi harus diletakkan di tempatnya dan bukannya dilepaskan sahaja di tangga.
Nah! itu jawapannya.
sekarang, baru ku tahu....
Tuesday, June 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




5 comments:
abih tu kenapa spelling tuh dah jdk batuk now? buat confused je cis
owh..saya pun br tahu..
errmmmm.... confirm la i org amerika-latin.. mmg kureng paham bahser melayu nehh... ekekekke....
OMG! thanks for sharing...i sebenarnnya tahu pasal gayung tu, but buat2 lupa...dah lama lupa ni... terkesima habis Lija! :-)
ja..
aku yang anak cikgu BM ni pun baru tau.. :)
Post a Comment