Monday, August 16, 2010

Suka bertukar Duka

Tak sampai sejam selepas previous entry dipost, Bubur Caca telah menerima berita sedih.
Bapa saudara yang menghidap kanser hati sejak beberapa bulan lepas telah kembali ke rahmatullah.
Memang keadaan arwah agak kronik semasa Bubur Caca dan anak-anak meninggalkan tanahair 6 bulan lepas. Dan doktor juga telah memberitahu bahawa arwah hanya ada beberapa bulan untuk hidup. Cuma Bubur Caca sedikit ralat kerana tidak berpeluang menziarahi jenazah.
Moga Wa (nama panggilan manja Bubur Caca untuk Mak Ndak) dan anak-anak tabah menghadapi dugaan ini.
Al-FAtihah~

1 comment:

Labyrinth said...

My condolences... Al Fatihah...