Friday, August 13, 2010

Biar betul....

#1

Dalam shinkansen menuju Tokyo, kepala asyik teringatkan pokok Neesa chan.
Sampai jer rumah, terus meluru ke balkoni. Wargggghhhh... perkara yang paling ditakuti telahpun terjadi....Huwaaaa...!!!!!
Habis kuning, kecut, kerepot semua daun.... Bersepah daun dan bunga yang gugur ke tanah. Habisla.... mana taknya... Pokok tu terbiar tengah panas di musim panas tak bersiram selama 5 hari! Apasal la tak bagi pada Aoyama kun suruh dia jaga-..Hmmmm... langsung tak teringat sebelum pergi bercuti tu!

Malam tu tak buat apa-apa pun. Tiba-tiba teringat pesan orang tua-tua, jangan kacau pokok malam-malam, tak baik~
So, malam tu tak nyenyak tidur. Sebab terlampau penat pun ya. Terlampau risau pun ya. Rasa bersalah pun ada jugak!
Esok paginya, bila jengah lagi ke balkoni, terpandang kat tanah dalam pasu tu. Hmmm.. takdelah teruk sangat ke tahap tanah merekah.. Mungkin boleh diselamatkan lagi. Kelam kabut suruh Neesa chan ambil air dan siram. Siap suruh tambah dos air siraman lagi! Hahaha...Konon-konon macam bagi CPR la kat pokok tu.. Ngeee~

Petang tu pun Neesa chan siram pokoknya dengan air yang maha banyak. Begitulah yang dia lakukan setiap hari. Siap trim daun dan batang pokok yang kuning. Senonoh la skit rupa pokok seri pagi tu. Selang 2 hari kemudian, dengan tak disangka-sangka, keluarlah sekuntum bunga yang berwarna ungu. Alhamdulillah~ kalau dilihat keadaan pokok tu masa kami balik dari Hiroshima tu, memang tak sangka yang pokok tu boleh diselamatkan....


#2
Neesa chan berjaya puasa selama 2 hari setakat ini. FYI , dia tak pernah puasa sebelum ni. Nak sebut perkataan 'puasa' pun tak pandai. Asyik sebut 'kuasa' bila nak cakap pasal puasa.
Ni dia tengah berusaha gigih nak habiskan hari ke-3. Hairan jugak mula-mula tu. Ingatkan nak suruh dia puasa setengah hari jer.. Lagipun, dia ada mention yang dia tak nak puasa bila kat sekolah. Alasannya- malu kat kawan-kawan bila time lunch. Nanti nampak sangat dia lain daripada orang lain kalau dia tak makan sama-sama.
Rasanya ada 2 sebab kenapa dia gigih berpuasa:
1. Nak ikut macam Upin dan Ipin yang dah berpuasa penuh masa 'umur' diorang 6 tahun (Ni kes fanatik cerita Upin dan Ipin)
2. Nak kumpul duit untuk pergi Disney Sea dengan Auntie Su dan Mak Tok (Idhamu san dia janji nak bagi 500 yen untuk setiap hari dia puasa penuh, thinking that the daughter would not be able to fast the whole day. Hah, ambik! Neesa chan dah ada seribu yen dalam tabung, and still counting...)

Note: seribu yen adalah bersamaan dengan RM37

5 comments:

Labyrinth said...

congrats Neesa and Ibu Neesa! Bagus tu da tahu puasa. I guess bagus gak tgk kartun Melayu ni. Im trying to get Adam to fast during the weekends je. Itu pun 1/2 a day je. Ayah Neesa kasi external motivation. Si Nazim tak sampai hati nak suruh anak dia puasa. Beza betul! Weekend pun I had to pujuk kasi.
:-)

jyss said...

mak aii so 15k la kalau penuh walaheyyy nk jugakkkkk :P

anymz said...

amboi kaya la neesa menjelang raya nanti..alhamdulillah ..anak2 maklang yang lelaki pun semua start fasting masa umur diorang 6 thn Ja..yg pompuan start lambat sikit..pokok pangkal kita..cara kita pujuk diorang utk posa.kan?

The Bubur Caca Lover said...

Adel: I guess kitorang pon mmg expect Neesa start puasa this year sbb kitorang dulu pun mula belajar puasa at her age. cumanya..kitorang tak expect dia berjaya puasa penuh on her first day...huhuhu~

Jas: tak dapat 15k kot~ Dia dah sound takmo puasa bila school reopens, which will be in 2 weeks time. So, dalam 5, 6 k jer kut collection dia... Senang skit~ boleh guna duit tu kalau nak pegi DIsneyland or Disney Sea..tehehe~

M Lang: Alhamdulillah~ senang jugak nak pujuk dia puasa...

The Bubur Caca Lover said...

Adel: I guess kitorang pon mmg expect Neesa start puasa this year sbb kitorang dulu pun mula belajar puasa at her age. cumanya..kitorang tak expect dia berjaya puasa penuh on her first day...huhuhu~

Jas: tak dapat 15k kot~ Dia dah sound takmo puasa bila school reopens, which will be in 2 weeks time. So, dalam 5, 6 k jer kut collection dia... Senang skit~ boleh guna duit tu kalau nak pegi DIsneyland or Disney Sea..tehehe~

M Lang: Alhamdulillah~ senang jugak nak pujuk dia puasa...