Wednesday, July 7, 2010

Pantang

Bukan...ini bukan entri pasal orang pantang lepas bersalin.

Bukan juga entri pasal orang yang berpantang dalam makan...

Ni pasal anak daraku yang PANTANG jumpa kotak. Tak kira lah kotak warna apa, bentuk apa...
Asal dia nampak kotak kosong jer, terus dia ambil dan simpan. Mata dia asyik mencari je mana-mana kotak kat dalam rumah ni. Kalau nampak terus minta. Kalau dalam kotak tu, ada isi, disuruhnya transfer isi tu dalam bekas plastik, takpun, disuruhnya makan sampai habis. Ntah apa2 punya perangai...

Semalam, masa pergi kedai, dia minta belikan cornflakes yang kecik-kecik tu... Balik je dari kedai, terus dia ngap cornflakes tu... Setengah lepas tu, kotak tu dah hilang. Tiba-tiba dia tunjukkan satu produk kotak warna merah siap ada poket kat depan. Aikk... mana mari plak kotak merah ni??? Kenapa saiz dia sama cam kotak cornflakes yag hilang tadi???? Member sudah ambik buat kraftangan da....

Kepantangan nampak kotak ni rasanya start dari aktiviti kraftangan kat sekolah -yang cikgu dia minta bawa bahan buangan, kertas warna, riben, tali, pen/pensel warna dll. Terus bersemangat lepas tu. Semangat tu tak pudar2, sampailah ke hari ini. Hmmm..macam-macam!

Yang tak laratnya, dah penuh satu beg bahan kraftangannya. Sampai melimpah-ruah! (Malas nak cari beg yang lagi besar. Nanti banyak lagi yang dia nak isi).


Dahtu, dia suka biarkan hasil kraftangan dia bersepah-sepah. Bila dibiarkan bersepah, apa lagi....adik dia plak 'kerjakan' kraftangan kakak dengan tangan dia yang memang keras tu!

Tengokla hasil kraftangan si kakak yang dah di'kerjakan' dek si adik... terkoyak sana, tercabut sini...


Apa-apa jelah~ tengah minat tu, biarkan jelah... Esok lusa habislah pantang si Neesa agaknya~

5 comments:

Labyrinth said...

Adam went thru the same phase dulu! Bagus phase ni. Explores creativity, and the development of the mind gak ni.

Anonymous said...

pantang jumpe kotak lah nie..!

The Bubur Caca Lover said...

Del: Layan jelah minah yang tgh kembangkan creativity dia nih...Cuma tak larat nak cari kotak kosong... Hikhikhik...

Uruchimaru : Ye, segala jenis kotak dari pelbagai saiz :=)

anymz said...

Ingat lagi mklang .mak tam masa kecik2 dulu suka kumpul kertas..kertas tu sepatutnya di buang ,tapi dia suka gumpal2 dan simpan.mklang share bilik dgn dia,tension betul masa tu..hehe

The Bubur Caca Lover said...

M Lang, patutla neesa suka kotak... ikut perangai tok menakan dia la ni....kuikuikui...pecah lobang M Tam....Hahaha~