harum dan manis bau rezekinya
Wednesday, April 22, 2009
kisah budi, bahasa dan rezeki
Tersebut al-kisah di satu opis yang hampir pupus pekerjanya.Diriwayatkan bahawa yang sepatutnya menjaga kebajikan tetamu tidak dapat menjalankan tanggungjawabnya dek kerana ketiadaan jasad di situ sehingga terpaksa digalas tanggungjawab itu oleh yang terpaksa pada mulanya kerana dirinya tidak sepatutnya membuat tugas-tugas sedemikian. Arakian setelah merelakan dalam paksaan diri melayan tetamu yang tidak diundang yang bukannya menjadi tanggungjawab hakikinya, sang hamba terkejut apabila menginjak waktu kepulangannya, sang tetamu menghulurkan buah tangan tanda terima kasih diatas layanan yang diberikan. Atas dasar menghormati tetamu sang hamba pun menerima penghargaan tersebut dan terdetiklah dalam hatinya bahawa inilah definisi buat baik dibalas baik, kita berbudi orang berbahasa dan rezeki jangan ditolak dalam erti kata yang sebenarnya...alhamdulillah~

harum dan manis bau rezekinya
harum dan manis bau rezekinya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)




2 comments:
buat baik dibalas baik.. betol..betol..
hahaha reminds me of SPM BM 2nd paper? I didnt do well for that paper.. but I undrstand fully what youve expressed...teror la Lija.arakian...
Post a Comment