Kisahnya, semalam hari Ahad.
Semalam juga adalah hari terakhir cuti panjang hujung tahun/tahun baru buat Idhamu-san dan Neesa-chan.
Oleh itu Bubur Caca pun gigih menggosok baju serta mengemas apa yang patut. Semangat tahun baru la katakan~ Idhamu-san ajak keluar pun malas. Last2, dia dating dengan Neesa-chan di Shibuya. Tinggallah Bubur Caca melayan kain baju
sambil dok gelakkan Reina-chan yang kemaruk main Wii. Setelah setahun Wii tu tak dipedulikan, tiba-tiba 2 beradik tu teringat pulak dekat dia... Maka terjadilah acara marathon Wii di rumah...
Malam semalam adalah malam AJL. AJL ni antara rancangan yang tak pernah Bubur Caca miss. Oleh kerana ada live streaming, maka layanlah sampai pukul 1 pagi waktu tempatan. Jangan kata artis, Bubur Caca pun ada bodyguard. Bodyguard ni sanggup menunggu dalam kebosanan sampai habis rancangan. Sayang Ibu punya pasal!Eh, ye ke? Ke ada agenda lain?
Lepas habis AJL dan tidurkan bodyguard, mata dah tak boleh nak lelap. Terkebil-kebil sampai pukul 3 pagi.
Nasib baik masa jam berbunyi subuh tadi berjaya celikkan mata.
Semangat siapkan bento (lunch box aka bekal makanan) untuk Neesa-chan dan pastikan barang-barang sedia dan cukup untuk dibawa ke sekolah (Neesa-chan dah prepare semalam).
Selepas hantar Neesa-chan ke pintu, Bubur Caca pun terus sidai baju yang siap dibasuh.
Selesai semua kerja, terpandang Reina-chan yang sedang tidur. Best plak tengok dia tidur time sejuk2 ni... Terasa nak join the club barang sejam dua. Baru je nak masuk dalam selimut, doorbell berbunyi.
Siapa pulak datang awal2 pagi ni? Takkan ada delivery kot?
Bila jawab intercom, terdengar suara Neesa-chan. Aikk??? Tertinggal barang apa plak kali ni?
Ibu.... betulke harini sekolah? Takde pun kelibat kawan-kawan Neesa kat simpang jalan tu..., tanya Neesa-chan melalui intercom.
Alamak! Cuti ke harini? Kelam kabut Bubur Caca dibuatnya. Rupa-rupanya cuti sekolah sampai esok..!
Hmm... macamana boleh tersilap ni? Nak salahkan planner sekolah yang ditulis dalam bahasa Jepun, boleh? Bukan selalu sekolah mula hari Isnin ke? Kenapa mula hari Selasa pulak?
Rupa-rupanya sekolah akan cuti hingga hari ke7 pada setiap awal tahun, regardless of the day. Mana cheq tauuuu...
Jangan tension2, kita layan video ni buat penghilang stress. Sambil2 tu boleh join exercise sekali...



2 comments:
lawa nya gambar you amik...i love the one with reina's hair ban yak tu...nice..what camera? Oh happy new year Ja...maaf zahir batin..we keep learning new things in negara orang kan? In Malaysia pun I'm learning many new things handling kids at school. chaos okay? a new year, a new class...a new teacher...just chaos...hehe I can't believe you caught AJL. I only managed to see MOJO and Hafiz. I don't even know who Mojo was until this AJL. cute la...and his voice is very good. Hope he won best persembahan. hehe
Del, I guna iphone jer....hihi.. i'm happy that Black won best persembahan. was rooting for him to win juara lagu as well... hihi
Post a Comment