Friday, February 18, 2011

kerja rumah



Ini adalah kad tugasan untuk cik Neesa (atau nama tak saintifiknya "Tetsudai Kado")
Tugasan yang perlu cik Neesa buat bagi membantu meringankan beban ibunya di rumah.
Dengan adanya tugasan ini juga diharap agar cik Neesa dapat belajar kerja-kerja rumah supaya bila besar nanti pandai buat sendiri dan tak bergantung harap pada bibik.

Untuk tugasan ini, cik Neesa dengan berbesar hati dan tidak dipengaruhi sesiapa telah memilih untuk menyapu sampah di rumah.
Bukannya membuang sampah seperti yang dipilih oh cik Reina Murphy. Bukan juga menyediakan meja untuk makan malam seperti cik Mao.
Semua tugasan itu dilihat terlalu senang untuk cik Neesa.
Maka dengan itu, cik Neesa pun memilih untuk menyapu sampah. Sama seperti tugasnya di bilik darjah.

Kad ini sekarang terlekat di pintu peti ais untuk ingatan setiap hari.
Tetapi cik Neesa sering saja terlupa. Terlupa untuk melihat.
Terlupa juga untuk membuat.

Walaupun tak dinyatakan setiap hari perlu dibuat.
Takkanlah dibiar tidak berbuat.
Bila selesai satu tugasan, cik Neesa akan turunkan tandatangannya.
Selepas itu sekiranya berpuas hati, Ibunya pula akan mengesahkan bantuan yang telah diterima dari cik Neesa.

Hari ini hari kelapan belas dalam bulan Februari.
Anda nampak berapa ruang yang ditandatangi?
Kalau anda nampak besar ruang yang disapu lagi anda akan terkejut.
Bukan satu rumah berjaya disapu sampahnya.
Bukan juga ruang makan.
Tetapi ruang di tepi meja makan di dalam ruang makan.

Tidak apalah~
Bersyukur...
Menyapu juga walaupun baru 3 kali dalam bulan ini.
Menyapu juga walaupun sedikit cuma ruangnya.
Rasanya ibu cik Neesa dulu belum kenal dan pegang penyapu pada usia 7 tahun.
Syabas cik Neesa!
Teruskan perjuangan...
Ada 3 hari lagi sebelum kad itu dipulangkan kepada cikgu Harada.
Mungkin akan penuh ketiga-tiga ruang terakhir itu.
Kita saksikan nanti...

5 comments:

Unknown said...

ok lah tu.. at least dia nak sapu kan... nanti lama2 mesti pandai..
teringat masa kecik2 dulu, mak pun buat jadual kemas rumah utk kami adik beradik.. hehe..

Labyrinth said...

The kids kat sini pun disuruh clean up the classroom and books etc tapi takde la forms to fill up and sign there or at home. Yg ada is the reading homework. baca and moms kena sign. as long as the girl nak sapu, bagus tu. Neesa is 7 already ke? bukan 7 this year ke?

The Bubur Caca Lover said...

Maya: betul tu~ sib baik dia sendiri yang nak buat... kayuh pelan2...tehehe~ harap2 tak hangat2 tahi ayam la... :)

Del: Sini punya homewok mcm2 ada... baca buku with the mom, homework maths, homework kanji (writing) dan juga menjadi pembantu ibu di rumah. Tehehe~ tu blum homework yg ibu dia prepare i.e. baca buku BM, English, Muqaddam. Sian Neesa....Huhuhu~ Err... hujung bulan ni 7 tahun. Sama bulan ngan Adam :))
Aramak! That reminds me .Bday party blum plan lagi...!!! Aiyoh~

Labyrinth said...

u brought BM books from MSia ke ada BM resources online. Im concerned about Adam's BM. Tolong kasi ajar buah cempedak di luar pagar.

The Bubur Caca Lover said...

Del: I bawak buku BM frm Msia. And dpt stock frm my sis in law yg keja as cikgu sek rendah.
U lama lagi ke kat sana? Need some books frm Msia? Kalau nak, kasi itu alamat sama saya. Boleh pos skit. Tapi kena tunggu bln 6. Hubby balik Msia, so boleh re-stock. Tehehe~