Wednesday, September 8, 2010

Eid 2010

Selamat Hari Raya kepada semua tak kira dimana anda berada.


(Gambar yang sama seperti di dinding 'mukabuku' ku)

Burung merah seekor cuma, Basah sayapnya terkena embun,
Aidilfitri bakal menjelma, Tangan dihulur maaf dipohon.


(Pantun yang sama seperti di dinding 'mukabuku' ku)

Takde idea untuk entry edisi raya ni sebab asyik terfikir kenapa:
1. sampai sekarang tak pandai-pandai menganyam ketupat walaupun dah bertahun-tahun ayah ajar macamana nak buat. mungkin sebab takde skill macam ayah yang terer menganyam ketupat walaupun dikenali sebagai anak ayah. mungkin bab ketupat ni ikut mak yang hanya pandai buat ketupat daun palas. tapi kalau ikut mak, kenapa ketupat daun palas pun tak reti nak buat. ngeee~

2. semalam dengan tidak disangka-sangka berjaya menghasilkan satu anyaman ketupat. wah! tetiba jadi terer...
sesungguhnya itu adalah beginner's luck semata-mata (beginner ke walaupun dah bertahun-tahun mencuba?) kerana selepas itu tidak berjaya lagi menghasilkan anyaman walaupun telah dicuba beratus kali. Agaknya kena anyam pada waktu-waktu tertentu sahaja, kot~

Nah~ inilah dia satu-satunya hasil anyaman ketupat untuk tahun ini.


Ini semua terjadi kerana teruja dengan ketupat yang Adelabyrinth buat (lukis, warna dan potong) untuk raya beberapa tahun lepas. Mulanya ingat nak buat ketupat dari kertas origami sebagai projek menjelang raya dengan Neesa chan tetapi masterpiece yang dihasilkan kurang molek ... oleh kerana itu terpaksalah berpuashati dengan satu-satunya wakil tunggal ketupat ini. Hehehe~

BTW, umat Islam di bumi Nihon akan merayakan Aidilfitri pada hari Jumaat, 10 September.

9 comments:

baroque75 said...

Chot, Selamat Hari Raya to u all in Japan!

Erin said...

from me too here in malaysia. enjoy your raya!

Bee said...

Za, Selamat Hari Raya!..How was 1st Syawal kat Embassy?..Join beraya kat rumah2 staff x?..Teringatt zmn beraya di sana hehehe..

The Bubur Caca Lover said...

Syah & Erin : Thanks:) Selamat Hari Raya to u & ur family, too!

Bee: Selamat Hari Raya! Maaf zahir batin...Raya kat Embassy camne? Nanti aku post satu entry specially dedicated to our beloved Malaysian Embassy :)
Beraya rumah staff? Sorang pon x tegur. Camne nak kenal? Camne nak dpt invitation? Hahaha~

Labyrinth said...

Eid Mubarak, Ja! Waaa lawa and advanced ure anyaman ketupat. I wudnt be able to do that. Tahun ni I didnt get to make ketupat for decorations la, Ja. Busy buat benda lain. hehehe
confesssion: i pun da bertahun belajar buat ketupat palas, tapi sampai la ni, fail! hehe kita serupaaa.....hadirku untuk mengubat lukaaaaa ohhhh

The Bubur Caca Lover said...

Eid Mubarak, Del!!!
Dapat buat satu jer ketupat tu.huhuhu~

anymz said...

selamat hari raya Ja..maaf jua maklang pohon andai ada salah dan silap yg buat Ja terasa dan sebagainya..

psst...maklang dah buat macam yg Ja suruh..yeehaaa..senang sikit nak post n3 yang baru..feel free now dlm blogging..mmmuahhh...thanx

Unknown said...

salam lebaran kak chot.. sesungguhnya kak chot maseh buleh menganyam ketupat.. tetapi saya, memang langsung tak reti.. naseb baek ada nasi himpit ekspres..hehe..

The Bubur Caca Lover said...

M Lang: lega dgr m lang tak jadi tutup blog. :)

Maya: Itulah satu-satunya ketupat yang berjaya mendai ketupat sepanjang hidup ku ini..Huhuhu~